2. Rekacorak sutera batik mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Batik yang baik terhasil dari ketelitian, kehalusan, pengwarnaan, cuaca dan seni tangan pelukisnya.
3. Sutera adalah sejenis fabrik halus yang sensitif dan mudah luntur (sinar suteranya) jika tidak dijaga dengan baik.
4. Pengwarnaan keatas sutera batik berlaku dengan penyerapan warna ke dalam serat-serat benangnya. Ia berbeza dengan fabrik cetakan biasa yang berlaku dengan kaedah sebaran.
5. Antara elemen penting yang perlu dititikberatkan semasa membasuh sutera batik adalah pH air, jenis sabun dan suhu air.
6. Elakkan merendam sutera batik terlalu lama didalam air. Ia boleh menyebabkan warna sutera tersebut cepat luntur. Tempoh masa yang terbaik adalalah 15-30 minit rendaman di dalam air suam (30-50 darjah C)
7. Elakkan penggunaan serbuk pencuci biasa (seperti yang terdapat dipasaran). Serbuk-serbuk pencuci ini adalah punca 'warna menjadi pudar dan luntur'. Sebagai alternatif, gunakan syampu bayi (3 sudu syampu : 1 baldi air).
8. Jika anda mengamalkan basuhan tangan, elakkan penggunaan berus. Berus akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut.
9. Kotoran yang sangat degil mungkin mengecewakan pemakai sutera. Sedegil mana pun kotoran sutera nada, elakkan daripada mengguna peluntur. Agen peluntur akan mereputkan sutera, bahkan mungkin membocorkan terus sutera kesayangan anda.
10. Selepas membasuh, bilas sutera batik anda samada menggunakan air yang sedikit berasid mahupun sedikit beralkali. pH yang terbaik adalah sekitar 6 - 8 pH. pH air yang betul dapat memastikan sutera anda menjadi lembut dan bersinar.
11. Cuka dan limau adalah contoh-contoh sumber asid. Garam pula bersifat alkali. Ketiga-tiga bahan ini boleh digunakan untuk mengubah pH air bilasan. Nisbah yang baik adalah 1 sudu : 1 baldi air.
12. Sekarang terdapat alternatif yang lebih mudah untuk pengguna. Pelembut-pelembut kain dapat mengurangkan tugas bilasan ini untuk menjadikan sutera anda lebih lembut, bersinar dan menambah seri pada warna-warna batik.
13. Namun anda harus ingat bahawa fabrik sutera tidak boleh direndam terlalu lama di dalam air bilasan (samada mengandungi garam atau cuka atau pelembut biasa). 10 - 15 minit sudah memadai.
14. Setelah dibilas, keringkan fabrik sutera anda dengan menyidainya jauh dari pancaran matahari.
15. Elakkan daripada memerah fabrik sutera anda kerana ia akan memintal dan merosakkan aluran urat benang. Jika fabrik sutera anda perlu dikeringkan dengan cepat, masukkan ia di antara dua kain tuala, dan ditekan atau diramas.
16. Kelicinan menseterika fabrik sutera bergantung kepada kandungan kelembapan sewaktu fabrik tersebut digosok. Sewaktu menggosok, panaskan seterika terlebih dahulu mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera. Jika seterika tidak cukup panas, fabrik tidak akan menjadi licin, sebaliknya jika seterika terlalu panas, fabrik akan rosak dan berkedut.
17. Kelembapan yang ideal untuk diseterika adalah apabila fabrik yang dibasuh itu kering kira-kira 80%. Ini kebiasaannya mengambil masa kira-kira 2 jam selepas kain tersebut dibasuh.
18. Jika kain terlalu kering, renjiskan sedikit air pada fabrik sehingga ia menjadi lembap dan biarkannya selama 10 minit sebelum diseterika. Adalah lebih baik jika anda dapat memasukkan kain sutera anda ke dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum diseterika (menakjubkan bukan?) :)
19. Fabrik yang telah siap diseterika harus disimpan tergantung dengan penyangkut pakaian. Jika boleh, selubungkan ia dengan pembalut pakaian. Ia dapat menahan serangan serangga yang gemar hinggap pada benang sutera.
20. PANTANG : Benang sutera terhasil dari ulat sutera si dan ia mengandungi protein. Satu perkara yang tidak diketahui adalah fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol. Ini bermakna minyak wangi mesti dielakkan daripada terkena secara terus dengan pakaian sutera. Anda dinasihatkan menyembur terlebih dahulu pewangi pada telapak tangan, dan sesudah kering barulah disapukan pada pakaian. Semburan pewangi terus ke atas fabrik sutera akan menjadikan ia berkedut. Dan sekali ia berkedut, ia tidak mungkin dapat diperbaiki kembali ke sifat asalnya.
Sumber artikel diperolehi daripada