Pages

Sejarah & Video

Gambar : Pok Bakar sedang mencelur lilin dari fabrik sutera batik diperusahaan batik di Kg. Ladang, Kuala Terengganu
Sumber : www.digitalmukmin.com

Pengenalan 

Perkataan 'batik' berasal daripada Indonesia yang bermaksud; 'pakaian yang mempunyai titik-titik kecil. Perkataan 'tik' bermaksud 'titik' yang asalnya daripada bunyi berdetik atau 'tik-tik'. Di Malaysia batik terkenal kerana hubungannya dengan kegunaan harian orang Melayu termasuk pakaian, upacara keraian, adat istiadat dan sebagainya.

Sejarah Perkembangan Batik

Batik diperkenalkan di Kepulauan Melayu pada tahun 1770an. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan batik di Terengganu. Pada tahun 1911, Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan batik di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanya dikenali sebagai 'Batik Pelangi' dengan menggunakan teknik ikat dan celup. Kain jenis 'Pereir' di import dari Thailand, semetara warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna fabrik batik pelang pada waktu itu hanyalah biru dan hitam sahaja.

Pada tahun 1922, Haji Che Su telah mengeluarkan batik dengan menggunakan blok kayu. Tahun 1926 menyaksikan kemasukan pewarna kimia dari Eropah yang telah membawa perkembangan batik setapak ke depan. Bermula dari itu rekacorak batik mula dipengaruhi dengan corak Batik Indonesia. 

Dalam tahun 1932, seorang ahli perniagaan dari Terengganu (Haji Ali bin Ismail) telah bertemu seseorang yang berasal dari Tanah Jawa di Singapura, lalu mempelajari teknik-teknik membuat batik. Beliau telah membawa pulang contoh-contoh blok batik yang diperbuat daripada kayu ke Terengganu. Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (bekas pekerja Haji CHe Su), beliau telah memulakan teknik-teknik baru menggunakan blok kayu Batik Indonesia. 

Teknik stensil dengan menggunakan pemidang skrin bermula sekitar tahun 1933 ilham daripada Mohd Yussof & Company. Melalui pertemuan dengan seseorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (pengeluar pewarna batik Widsor & Co.) di Bangkok, Mohd Yusoff dan Haji Che Su berjaya mempopularkan batik cetakan skrin di Kelantan.

Sehingga ke hari ini perusahaan batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkan oleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970an. Penggunaan canting ini adalah pengaruh dari batik canting Indonesia. Akhirnya teknik ini digemari dan menjadi identiti baru dalam seni batik.
Sumber artikel diperolehi dari sini.

Di bawah ini disertakan video-video berkaitan Batik Terengganu. Selamat menonton :)

  1. Suasana Galeri Aura Batik di Pasar Payang pada Cuti Deepavali 2011
  2. Proses Pembikinan Batik Tekap (blok) Terengganu