Monday, October 31, 2011

Video Proses Pembikinan Batik Tekap (Blok) Terengganu

Satu lagi video yang ingin dikongsi oleh Aura Batik, pemborong Batik Sutera Terengganu anda di sini adalah proses pembikinan batik tekap (blok) Terengganu. Mudah-mudahan video ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saudara/ri, peminat batik sekelian tentang bagaimana Batik Tekap Terengganu yang sangat popular itu dihasilkan. Salah seorang 'orang lama' di kilang ini adalah sepupu kami sendiri. Semoga jasa beliau dalam memartabatkan seni warisan Terengganu terus kekal diingati. :)


Sunday, October 30, 2011

Video Suasana Galeri Aura Batik Sempena Cuti Deepavali

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Hari ini Aura Batik, sebagai pemborong batik sutera Terengganu ingin berkongsi video yang diambil sempena cuti Deepavali baru-baru ini untuk mempromosi Terengganu umumnya dan Pasar Payang khasnya. Ayuh, marilah ramai-ramai datang bercuti di Terengganu sambil membeli belah barangan kraf penduduk tempatannya di Pasar Payang. Kami menanti kunjungan anda dgn tangan yang terbuka dan senyuman yang manis :)



Thursday, October 27, 2011

Promosi

Sebagai menghargai jasa dan kesetiaan pelanggan sekelian yang setia bersama produk Aura Batik, kami berbesar hati untuk melancarkan promosi 'free gift' kepada semua pelanggan diatas setiap pembelian saudara/ri bermula hari ini (28/10/11)*. Free gift itu adalah sebentuk Kerongsang Sabah yang berharga antara RM3-RM6 setiap satu. 


Diantara contoh free gift sedia menjadi milik anda :)

* Cepat. Sementara stok masih ada ;-)

Batik Sutera Seragam

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Aura Batik turut menerima tempahan untuk Batik Sutera Seragam untuk sekolah, jabatan kerajaan, unit beruniform dan swasta. Harga untuk Batik Sutera Seragam ini ditawarkan dengan harga borong dan insyaAllah boleh dikurangkan lagi berdasarkan jumlah tempahan yang diminta. Pelanggan boleh memilih sebarang design batik yang dipaparkan pada blog ini, beserta kuantiti dan saiznya, sebagai contoh; untuk kemeja lelaki lengan panjang - saiz 2.5m; sepasang baju kurung perempuan - saiz 4m; baju blaus perempuan (baju sahaja) - saiz 2m. Aura Batik akan menawarkan harga berdasarkan saiz baju, jenis kain, design (warna & corak) dan kuantiti yang diminta. 

Contoh Batik Sutera Seragam yang sedia untuk penghantaran.

NOTIS ITEM YANG DIKEMASKINI


Ramai diantara Saudara/ri pelanggan-pelanggan yang kami hargai sekelian yang kadang-kadang keliru dan tidak dapat mengikuti item-item baru kami disebabkan kebanyakan item-item baru tersebut tidak diletakkan di dalam  'new post' sebaliknya kami masukkan (update) item-item tersebut dibawah tajuk sedia ada. Justeru, untuk mengikuti item-item baru yang di-upload pelanggan perlu scroll setiap tajuk post yang ada. Dan itu satu perkara yang melecehkan. Lantaran itu, untuk memudahkan pelanggan-pelanggan yang dihormati sekelian, kami menyediakan link-link tajuk item yang telah di-update setiap minggu. Item yang di-update untuk minggu (28/10/11) ini adalah ;
  1. Siri Eksklusif Batik Bunga Serangkai
  2. Siri Eksklusif Batik Abstrak Impulse
  3. Siri Eksklusif Batik Fuji
  4. Siri Eksklusif Batik Konsep Hitam II
  5. Siri Eksklusif Batik Konsep Hitam (Edisi Terhad)
  6. Siri Eksklusif Batik Juwita
  7. Siri Eksklusif Batik Songket
  8. Siri Eksklusif Batik Digital (Dengan Batu Permata)
  9. Kemeja Batik Arjuna Eksklusif
Aura Batik mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih diatas kesudian anda meluangkan masa emas anda untuk singgah di blog perniagaan kami ini. Semoga kunjungan saudara/ri ini sedikit sebanyak memberi informasi bermanfaat samada kepada anda atau pihak kami sendiri. Sekali lagi terima kasih kerana menyokong perniagaan Muslim seperti kami. 

Thursday, October 20, 2011

Kurta Thai (Imported)

Bosan dengan fesyen kemeja yang terlalu formal? Atau bosan dengan T-Shirt berkolar yang tampak skema dan merimaskan? Kali ini Aura Batik dengan kerjasama Aura Busana memperkenalkan Kurta Thailand yang lebih simple dan santai. Diperbuat dari kain cotton. Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan krim dengan pelbagai corak sulaman. Buat masa sekarang kami paparkan 2 design untuk promosi. 

KURTA THAI
FABRIK : COTTON
SAIZ : M, L, XL
HARGA : RM55
(TIADA HARGA BORONG UNTUK KOLEKSI INI)

 KOD : KT01

Close up butang
Close up corak

KOD : KT02
Tidak termasuk baju baby :-)

P/S : Semua Kurta Thai diatas adalah bukan produk keluaran kami. Kami sekadar pengedarnya. Jadi pengunjung-pengunjung blog yang kami hormati sekelian adalah dilarang sama sekali meniru sebarang design     atau corak sulamannya. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas anda diatas kecuaian anda.  

Sunday, October 16, 2011

Siri Eksklusif Batik Fuji (Alternatif)

Anda ingin memenuhi etika pemakaian batik pada setiap Khamis tapi tidak mampu dek kerana harga batik sutera yang mahal? Atau anda ingin memberi hadiah/cenderahati berupa kain batik kepada seseorang sempena hari bahagianya tetapi dikekang faktor kewangan? Kami (insyaAllah) bersedia membantu anda. Hari ini Aura Batik menawarkan satu rekaan baru batik yang dilukis bukan lagi diatas fabrik sutera, sebaliknya dilukis diatas fabrik fuji terpilih. Ia dapat mengurangkan kos fabrik yang mahal, namun tetap memberi corak batik yang menarik dengan harga yang lebih murah. Di datangkan dalam pelbagai warna dan corak yang telah menjadi permintaan hangat di Pasar Payang, Terengganu.


 TERKINI
KOD : BF 03
FABRIK : FUJI
HARGA RUNCIT : RM150
HARGA BORONG : RM120


 TERKINI
KOD : BF 04
FABRIK : FUJI
HARGA RUNCIT : RM150
HARGA BORONG : RM120


 TERKINI
KOD : BF 05
FABRIK : FUJI
HARGA RUNCIT : RM150
HARGA BORONG : RM120


TERKINI
KOD : BF 06
FABRIK : FUJI
HARGA RUNCIT : RM150
HARGA BORONG : RM120



TERKINI
KOD : BF 01 (SAMPLE)
FABRIK : FUJI
HARGA RUNCIT : RM150
HARGA BORONG : RM120


TERKINI
KOD : BF 02 (SAMPLE)
FABRIK : FUJI
HARGA RUNCIT : RM150
HARGA BORONG : RM120

Wednesday, October 12, 2011

Batik Sutera Eksklusif Abstrak (Moden) - Intro



 TERKINI
KOD : BAM01
MATERIAL : SUTERA SATIN JACQUARD
HIASAN : BATU PERMATA
HARGA RUNCIT : RM440 RM290
HARGA BORONG : RM260



Setelah beberapa percubaan dan pembaharuan dilakukan, Aura Batik kali ini dengan berbesar hati memperkenalkan rekaan baru Batik Sutera Eksklusif Abstrak (Moden). Buat masa ini kami post-kan satu entry dahulu sebagai ujian pasaran. Mudah-mudahan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan setia kami, insyaAllah.

Rekaan Seterusnya...



 
 TERKINI
KOD : BAM02
MATERIAL : SUTERA SATIN JACQUARD
HIASAN : BATU PERMATA
HARGA RUNCIT : RM350 RM265
HARGA BORONG : RM230








TERKINI
KOD : BAM03
MATERIAL : SUTERA CREPE
HIASAN : BATU PERMATA
HARGA RUNCIT : RM350 RM275
HARGA BORONG : RM240
OUT OF STOCK



 TERKINI
KOD : BAM04
MATERIAL : SUTERA SATIN JACQUARD
HIASAN : BATU PERMATA
HARGA RUNCIT : RM350 RM265
HARGA BORONG : RM230