Showing posts with label tempahan. Show all posts
Showing posts with label tempahan. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Jubah Matrix & Kung Fu

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah SWT kerana limpah Rahmat dan karuniaNya telah mengukuhkan lagi  perniagaan kami dalam industri fesyen dan pakaian. Dan kami yakin dan percaya, dengan menjaga segala syariat Islam dalam perniagaan dan berpakaian serta berniaga secara jujur dan amanah, pasti Allah akan membuka pintu rezeki dengan mencurah-curah. Sebab Allah terlalu kasihkan hambaNya dan Allah tersangat-sangat kasihkan hambaNya yang menjaga syariatNya.

Hari ini, dengan kerjasama erat dari Aura Busana dan tukang-tukang jahit kami, satu siri jubah eksklusif  (ilham daripada sequence Matrix dan filem-filem Kung fu) telah kami keluarkan. Dan ia sedia untuk ditempah bila-bila masa sahaja bermula sekarang.

 JUBAH & SELUAR MATRIX
KOD : JM 001
SAIZ : PELBAGAI SAIZ MENGIKUT UKURAN BADAN
WARNA : PUTIH ATAU HITAM
BELAH & BUTANG DIBAHAGIAN TENGAH (DARI ATAS SAMPAI KE BAWAH)
POKET SISI DI KIRI KANAN
MATERIAL : COTTON BERKUALITI & LINING DI BAHAGIAN DALAM
HARGA : RM300 (JUBAH SAHAJA)
RM380(JUBAH & SELUAR)
Note : Seluar seperti seluar Slack (Ada poket kiri kanan dan belakang | serta slot tali pinggang)


 JUBAH & SELUAR KUNG FU
KOD : JKF 001
SAIZ : PELBAGAI SAIZ MENGIKUT UKURAN BADAN
WARNA : PUTIH ATAU HITAM
BELAH DI KIRI & KANAN (DARI PEHA SAMPAI KE BAWAH)
MATERIAL : COTTON/LINEN BERKUALITI 
HARGA : RM250(JUBAH SAHAJA)
RM330 (JUBAH & SELUAR)
Note : Seluar seperti seluar Slack (Ada poket kiri kanan dan belakang | serta slot tali pinggang)


Thursday, October 27, 2011

Batik Sutera Seragam

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Aura Batik turut menerima tempahan untuk Batik Sutera Seragam untuk sekolah, jabatan kerajaan, unit beruniform dan swasta. Harga untuk Batik Sutera Seragam ini ditawarkan dengan harga borong dan insyaAllah boleh dikurangkan lagi berdasarkan jumlah tempahan yang diminta. Pelanggan boleh memilih sebarang design batik yang dipaparkan pada blog ini, beserta kuantiti dan saiznya, sebagai contoh; untuk kemeja lelaki lengan panjang - saiz 2.5m; sepasang baju kurung perempuan - saiz 4m; baju blaus perempuan (baju sahaja) - saiz 2m. Aura Batik akan menawarkan harga berdasarkan saiz baju, jenis kain, design (warna & corak) dan kuantiti yang diminta. 

Contoh Batik Sutera Seragam yang sedia untuk penghantaran.