Satu lagi video yang ingin dikongsi oleh Aura Batik, pemborong Batik Sutera Terengganu anda di sini adalah proses pembikinan batik tekap (blok) Terengganu. Mudah-mudahan video ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saudara/ri, peminat batik sekelian tentang bagaimana Batik Tekap Terengganu yang sangat popular itu dihasilkan. Salah seorang 'orang lama' di kilang ini adalah sepupu kami sendiri. Semoga jasa beliau dalam memartabatkan seni warisan Terengganu terus kekal diingati. :)
Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts
Monday, October 31, 2011
Video Proses Pembikinan Batik Tekap (Blok) Terengganu
Sunday, October 30, 2011
Video Suasana Galeri Aura Batik Sempena Cuti Deepavali
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Hari ini Aura Batik, sebagai pemborong batik sutera Terengganu ingin berkongsi video yang diambil sempena cuti Deepavali baru-baru ini untuk mempromosi Terengganu umumnya dan Pasar Payang khasnya. Ayuh, marilah ramai-ramai datang bercuti di Terengganu sambil membeli belah barangan kraf penduduk tempatannya di Pasar Payang. Kami menanti kunjungan anda dgn tangan yang terbuka dan senyuman yang manis :)
Subscribe to:
Posts (Atom)